Sekolah Bahasa Jepun Toyo

TLS terletak di Nishi-kasai dan merupakan kawasan perumahan pilihan orang tempatan Jepun.
Di TLS, dengan bimbingan secara peseorangan yang teliti, para pelajar akan mendapat gambaran yang jelas tentang masa depan masing-masing.


5 Pilihan Kursus ditawarkan kepada pelajar berasaskan tujuan para pelajar

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh TLS termasuk perlanjutan pendidikan ke Sekolah Vokasional, Prasiswazah, Pasca Siswazah, Universiti Seni Halus, dan pencarian pekerjaan di Jepun. 5 pilihan kursus ini akan membantu para pelajar mencapai cita-cita masing-masing.

●Pasca Siswazah

大学院Di Jepun, pendidikan pasca siswazah memiliki sistem yang berbeza daripada negara lain. Oleh itu, para pelajar dikehendaki memahami sistem tersebut sebelum meneruskan pelajaran ke kelas persiapan yang akan diadakan dua kali seminggu. Bimbingan secara perseorangan juga akan diadakan. Kelas ini akan membantu para pelajar fokus dalam pengetahuan akademik yang diperlukan dalam mata pelajaran pilihan para pelajar sehingga ke tahap pengajian tinggi. Para guru yang mengajar kelas-kelas ini, mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai bidang pakar masing-masing. Contohnya, sains, sastera liberal, ekonomi dan lain-lain.


●Pra-Siswazah (Universiti)

大学Dengan pengalaman selama ini, para guru TLS mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil supaya para pelajar akan berjaya melanjutkan pelajaran ke pra-siswazah (Universiti). Tambahan lagi, kursus yang ditawarkan bukan sahaja akan membantu para pelajar lulus dalam peperiksaaan kemasukan pengajian tinggi tetapi juga akan memberi pengetahuan luas tentang fikiran logik supaya para pelajar tidak akan mengalami kesusahan ketika berbahasa dalam bahasa Jepun selepas masuk ke Universiti. Bimbingan secara perseorangan juga akan membantu para pelajar menentukan pilihan universiti yang diingini. Serta-merta, kelas seperti Bahasa Jepun, Pengetahuan Umum, Matematik juga akan diadakan sebagai persiapan untuk EJU (Examination for Japanese University).


●Melanjutkan Pelajaran ke Sekolah Vokasional

Terdapat sebanyak 3,000 sekolah vokasional di Jepun yang menawarkan program bervariasi, mulai daripada animasi, seni kulinari, pelancongan dan lain-lain. TLS akan memberi bantuan dan sokongan penuh dalam proses melanjutkan pelajaran ke sekolah vokasional, terutamanya peperikasaan. Lebih-lebih lagi, TLS adalah salah satu ahli Jikei Group of Colleges yang merupakan kumpulan sekolah vokasional yang terbesar di Jepun. Justeru, TLS boleh menawarkan program pengalaman kerja dan juga mengadakan lawatan ke sekolah vokasional.


●Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Seni-Halus

美術大学Untuk melanjutkan pelajaran ke universiti seni-halus yang terkenal seperti Tama University of Art atau Musashino University of Art, kemahiran melukis dan reka bentuk dan kefasihan dalam bahasa Jepun diperlukan. Universiti Seni-Halus ini memerlukan para pelajar yang boleh berkomunikasi melalui ‘kreativiti’ yang merupakan asas kesenian. Oleh itu, TLS juga memiliki ruangan khas seni yang memberi para pelajar masa dan ruangan yang mencukupi supaya dapat belajar Bahasa Jepun dengan efektif. Para guru di TLS memiliki pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang bidang kepakaran masing-masing.


●Mencari pekerjaan di Jepun

jobKursus ini sesuai untuk para pelajar yang ingin mencari pekerjaan in Jepun selepas graduan dari TLS. Para pelajar yang lulus dalam JLPT tahap N2 atau memiliki keupayaan berfasih pada tahap yang sama boleh menyertai kelas ini. Dalam tempoh satu tahun, para pelajar akan fokus untuk lulus Ujian JLPT N1, ‘Ujian Bahasa Jepun untuk Bekerja di Jepun’ dan ‘Ujian Sijil Pekerjaan Pejabat’. Dengan fokus dalam bahagian internship, TLS juga akan memberi sokongan dan bimbingan yang akan membantu para pelajar.

Program Pendek Musim Panas

TLS juga akan mengadakan Program Pendek Musim Panas pada tahun ini.
Sebagai tindak balas kepada soal selidik dari tahun-tahun lalu, TLS akan menyediakan kursus pendik musim panas secara mingguan yang akan berlangsung dalam tempoh 1-4 minggu. TLS akan menyediakan kursus yang pelbagai supaya para pelajar boleh menyediakan jadual belajar yang sesuai pada percutian musim panas. Kelas ini telah ditambah baik dengan tambahan kelas percubaan di sekolah vocation dan program homestay.

Kursus Basis untuk Mengajar Bahasa Jepun

Apa kata gunakan pengalaman di TLS di negara anda?
Di luar negara, ramai orang yang belajar Bahasa Jepun, menjadi guru Bahasa Jepun kerana banyak sekolah bahasa Jepun mengharapkan orang yang bahasa Ibundanya bahasa Jepun untuk mengajar. Oleh sebab gaji yang tinggi, hanya segilintir orang yang digajikan sebagai pembantu kepada guru tempatan untuk tempoh masa yang pendek.
Justeru, para pelajar yang berpengalaman belajar di Jepun sangat dialu-alukan. Dengan pemahaman yang dalam tentang masyarakat Jepun dan juga pengalaman semasa pelajaran yang menyeronokkan di TLS, para pelajar berpotensi untuk menjadi guru Bahasa Jepun.

Aktiviti

Sepanjang tahun, pelbagai acara akan diadakan di TLS. Contohnya perayaan musim panas dan rombongan graduasi. Sebagai salah satu ahli Kumpulan Jikei, TLS mengambil peluang untuk merancangkan aktiviti yang pelbagai untuk menggalakkan hubungan yang baik dengan sekolah vokasional lain. Aktiviti-aktiviti ini juga akan membolehkan para pelajar meningkatkan tahap bahasa Jepun masing-masing.


●Hari Sukan

Tujuan Hari Sukan yang diadakan selepas Golden Week adalah untuk menyemaikan semangat kerjasama sesama rakan kelas. Melalui interaksi dan komunikasi sesama rakan sekolah, para pelajar dapat menjalin persahabatan yang rapat lalu semasa berada di Jepun juga akan menjadi lebih bermakna.




●Sesi Penjelasan Tentang Perlanjutan Pelajaran ke Pengajian Tinggi

Sesi ini diadakan 3 kali setahun. Para guru dan pelajar dari Sekolah Vokasional ahli Kumpulan Jikei, Universiti di Tokyo dan lain akan hadir. Ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meluaskan pengetahuan mereka tentang informasi terkini yang penting tentang sekolah yang berkenaan




●Lawatan Sambil Belajar ke Tokyo Disney Resort

Progam ini sesuai untuk para pelajar TLS kerana TLS terletak dekat dengan Tokyo Disney Resort (TDR). Para pelajar akan diberi tugasan yang sesuai dengan tahap pemahaman bahasa Jepun masing-masing sambil memahami perkhidmatan perlanggan TDR. Pada masa yang sama, suasana hari Natal juga dapat dinikmati.




●Program dengan pelajar bangsa Jepun

Sebagai ahli Kumpulan Jikei, kami mengambil peluang ini untuk mengadakan program dengan pelajar bangsa Jepun yang akan diadakan 3 bulan sekali. Program ini menggalakkan para pelajar berkomunikasi dengan orang tempatan sebagai satu langkah untuk meningkatkan tingkat bahasa Jepun. Para pelajar juga boleh mengajar mereka sedikit tentang budaya dan bahasa ibuanda masing-masing.


●Penyampaian Percapaian Para Pelajar

Selepas setahun belajar di TLS, tingkat pencapaian para pelajar berbeza antara satu sama lain. Penyampaian ini menggalakkan para pelajar untuk menunjukkan kefasihan bahasa Jepun mereka melalui ucapan, presentasi atau lakonan. Penyampaian ini bukan sahaja untuk memaparkan kefasihan bahasa Jepun para pelajar tetapi juga untuk memenangi hati para hadirin dengan presentasi yang hebat.

Tempat Tinggal

●Asrama Sekolah

Untuk memastikan para pelajar belajar dalam suasana yang selesa, TLS menyediakan beberapa asrama yang mempunyai lebih kurang 150 bilik (pilihan daripada bilik peribadi atau jenis rakan sebilik). Setiap asrama boleh diakses dengan basikal (15 minit) atau berjalan kaki. Jenis asrama termasuk asrama yang mempunyai penyelia atau asrama jenis-apartmen. Para pelajar boleh memilih jenis bilik yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing. Asrama yang ditawarkan adalah selamat dan mempunyai sekuriti yang baik supaya semua pelajar dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.

●Program Homestay

Ingin menambahkan peluang untuk berbahasa dalam bahasa Jepun.
Ingin berada dalam linkungan orang tempatan.
Ingin berkawan dengan orang Jepun.
Ingin menambah pengalaman tentang budaya dan adat resam Jepun.
Kita selalu mendapat komen-komen ini daripada para pelajar. Dengan menyertai program homestay, hasrat pelajar dapat direalisasikan. Kebanyakan orang yang tidak mengetahui bahawa Jepun juga menawarkan program homestay tetapi jumlah keluarga homestay dan juga penyerta semakin meningkat kebelakangan ini. Melalui program ini, penyerta dapat meningkatkan keupayaan bahasa Jepun sambil merasakan budaya orang Jepun.
TLS mensyorkan program homestay supaya pengalaman pelajar di Jepun menjadi seronok dan bernilai.
Program “Homestay in Japan” yang ditawarkan, memiliki sebanyak 1,500 keluarga yang berdaftar. Setiap keluarga akan memberikan sokongan penuh supaya pelajar mendapat pengalaman yang terbaik dengan motto “setiap keluarga ‘host’ dan juga pelajar juga adalah penting kepada kita.”
Sila mengambil pertimbangan untuk menyertai program homestay ini. Keupaayan bahasa Jepun anda pasti akan bertambah baik!



※ Segala pertanyaan tentang permohonan dan aplikasi akan dibalas dalam bahasa Jepun atau bahasa Inggeris.


  • Contact
  • Inquiry Form
  • Domitories
  • TLS PHOTO
  • TLS BLOG
  • TLS MOVIE
  • 卒業生の活躍
search
Facebook weibo cafe.naver youtube flickr